BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 6, 2010

Kerang

              Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.
             Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya.

Udang

       Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata .
       Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya.
       Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

Ular Tedung

        Ular Tedung adalah reptilia tidak berkaki dan berdarah sejuk .
        Ular dari keluarga Viperidae ini amat mudah dikenali berdasarkan warna badannya yang hitam dengan perut berwarna kelabu. Mampu mengembangkan tengkoknya dan sering menyemburkan ludah bila bertemu mangsa. Ular tedung hitam mampu mencecah panjang diantara 1.3 – 1.6 meter.
        Ular Tedung Hitam sering ditemui disekitar sungai, hutan, sawah dan ladang. Ia aktif pada waktu siang. Ular Tedung Hitam sangat agresif, tangkas, dan berani. Ia akan berdiri tegak, leher dikembangkan dan digoyang-goyang apabila bertemu mangsa. Makanannya terdiri daripada ular lain, tikus, dan reptilia lain.
        Kesan bisa Ular Tedung Hitam bergantung kepad jumlah bisa yang memasuki badan. Semburan bisa pada mata boleh mengakibatkan buta. Sekiranya semburannya itu terkena kepada luka, ia boleh membahayakan nyawa. Racunnya memberi kesan kepada saraf, jantung dan darah.

Musang

         Musang ialah sejenis mamalia jenis karnivor yang hidup di darat, sebahagian besarnya dari famili Viverridae. Ia sejenis binatang yang liar tetapi tidak buas, sangat licik dan pengecut. Rupanya seperti kucing tetapi tubuhnya besar sedikit dan bertindak aktif pada waktu malam. Musang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
         Musang ini hidup di dalam hutan dan kadangkala memasukki perkampungan kecil mencari ayam untuk dijadikan mangsanya. Ada sesetengah jenis musang hidup di atas pokok dan membuat sarang di celah dahan pokok.
         Musang akan aktif pada waktu malam untuk memburu mangsanya seperti ayam, itik, dan haiwan yang lebih kecil darinya. Bagi jenis musang pulut aktif di siang hari di dalam hutan mencari buah-buahan. Binatang jenis ini sangat pandai dan cekap memanjat pokok.
        Saiz tubuhnya di antara 65cm hingga 80cm (tanpa ekor) manakala beratnya di antara 3kg hingga 7kg seekor. Warna musang ini bergantung kepada jenisnya kebiasaanya ia bewarna coklat tua dan ada yang berbelang-belang.

Landak

         Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Landak dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti babi berduri.
        Keluarga landak terbahagi kepada dua iaitu Hystricidae dan Erethizontidae. Landak di Amerika adalah dari keluarga Erethizontidae sementara landak di tempat lain adalah dari keluarga Hystricidae.
        Secara amnya, landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah.
       Seseekor landak itu mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri mereka, landak akan mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracakan. Sesetengah landak turut mengundurkan diri dengan laju ke arah pemangsa, menyebabkan durinya tercucuk kepada pemangsa tersebut.
       Tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti Trichys lipura di Borneo.

Tupai

         Tupai ialah sejenis rodensia daripada keluarga Sciuridae yang kecil hingga sederhana saiznya.
         Tupai-tupai pokok yang berbulu lebat ekornya dan yang berasal dari Asia, benua Amerika dan Eropah, kecuali Ireland.
         Tupai merupakan haiwan mamalia dan berdarah panas. Tupai menjaga anaknya dan merupakan haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan secara amnya.

Katak

       Katak ialah sejenis haiwan amfibia.
       Katak dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata jongang dan ketiadaan ekor. Kebanyakan katak menjalani hidup mata jongang, tetapi juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak biasanya bertelur di lopak, kolam atau tasik; dan larvanya, iaitu berudu, berinsang dan bertumbuh dalam air. Katak dewasa merupakan haiwan maging yang gemar memakan haiwan artropod (terutamanya serangga), annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam, terutamanya ketika musim mengawan.
       Katak boleh didapati dari kawasan tropika ke subartik, tetapi kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian, merangkumi lebih 5,000 spesis yang dikenali. Namun begitu, populasi spesis katak tertentu kian merosot.