BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Bunga-bunga

Alam: Tumbuhan

Divisi: Magnoliophyta

Kelas: Magnoliopsida

Order: Asterales

Famili: [[]]

Genus: Chrysanthemum

Spesies:
Chrysanthemum aphrodite

Chrysanthemum arcticum

Chrysanthemum argyrophyllum

Chrysanthemum arisanense

Chrysanthemum boreale

Chrysanthemum chalchingolicum

Chrysanthemum chanetii

Chrysanthemum crassum

Chrysanthemum glabriusculum

Chrysanthemum hypargyrum

Chrysanthemum indicum

Chrysanthemum japonense

Chrysanthemum japonicum

Chrysanthemum lavandulifolium

Chrysanthemum mawii

Chrysanthemum maximowiczii

Chrysanthemum mongolicum

Chrysanthemum morii

Chrysanthemum okiense

Chrysanthemum oreastrum

Chrysanthemum ornatum

Chrysanthemum pacificum

Chrysanthemum potentilloides

Chrysanthemum shiwogiku

Chrysanthemum sinuatum

Chrysanthemum vestitum

Chrysanthemum weyrichii

Chrysanthemum yoshinaganthum

Chrysanthemum zawadskii










Pokok Bunga Kekwa (bahasa Inggeris: Chrysanthemum) ialah satu genus yang terdiri daripada kira-kira 30 spesies tumbuhan berbunga saka di bawah famili Asteraceae. Pokok ini berasal dari Asia dan Eropah timur laut.




Spesies-spesies Chrysanthemum adalah tumbuhan saka herba yang bertumbuh setinggi 50-150 sentimeter. Daunnya berbentuk cuping dan bunganya besar serta berwarna putih, kuning, atau merah jambu dalam spesies liar. Spesies-spesies ini juga dipergunakan oleh larva-larva sebilangan spesies Lepidoptera untuk makanan tumbuhan - sila lihat Senarai Lepidoptera yang makan bunga kekwa.









Isi kandungan [sorok]

1 Pengolahan dalam sistem taksonomi

2 Sejarah

3 Kegunaan

3.1 Penggunaan sebagai hiasan

3.2 Penggunaan untuk masak-memasak

4 Lihat juga

5 Rujukan





[sunting] Pengolahan dalam sistem taksonomi

Pada suatu masa, genus ini merangkumi banyak lagi spesies tetapi beberapa dekad dahulu, genus ini telah dibahagikan menjadi banyak genus; perkembangan penamaan genus-genus itu telah menimbulkan perbalahan. Bagaimanapun, satu keputusan oleh Kod Antarabangsa Tatanama Botani (ICBN) pada tahun 1999 telah menyebabkan Chrysanthemum indicum dijadikan genus pentakrifan dan oleh itu, memulihkan kedudukan bunga kekwa yang dijual dalam kedai bunga kepada genus Chrysanthemum. Selepas pembahagian genus-genus tetapi sebelum keputusan ICBN, spesies-spesies Chrysanthemum itu biasa menggunakan nama Dendranthema.



Spesies-spesies lain yang dahulu diolah Chrysanthemum sebagai dari pandangan yang sempit kini dialih kepada genus Glebionis. Genus-genus yang diasingkan daripada Chrysanthemum termasuk Argyranthemum, Leucanthemopsis, Leucanthemum, Rhodanthemum, dan Tanacetum.



[sunting] Sejarah

Pokok bunga kekwa ditanam di China sebagai pokok herba sejak abad ke-15 SM lagi. Nama Chu-Hsien, sebuah kota China yang kuno, bermaksud "kota bunga kekwa". Bunga ini diperkenalkan ke Jepun mungkin pada abad ke-8, dan Maharaja Jepun mengiktirafkan bunga ini sebagai mohornya. Terdapat juga "Perayaan Kebahagian" di Jepun yang meraikan bunga ini.



Bunga kekwa dibawa ke Dunia Barat pada abad ke-17. Bunga ini dinamakan oleh Carolus Linnaeus daripada awalan bahasa Greek, chrys-, yang bermaksud "keemasan" (warna bunga-bunga yang asal), dan -anthemon yang bermaksud "bunga".





Bunga kekwa juga digunakan sebagai lambang untuk bunga November.



[sunting] Kegunaan

[sunting] Penggunaan sebagai hiasan

Bunga-bunga kekwa yang moden jauh lebih menonjol berbanding saudara-saudara liarnya. Bunga-bunga ini mempunyai berbagai-bagai bentuk yang merupkan bunga daisi, perhiasan, pom-pom dan butang. Genus ini mengandungi banyak kacukan dan beribu-ribu kultivar yang diperkembangkan untuk tujuan hortikultur. Selain daripada kuning tradisi, warna-warna yang lain juga boleh didapati, seperti putih, unggu, dan merah. Kacukan yang paling penting ialah Chrysanthemum × morifolium (syn. C. × grandiflorum) yang diterbitkan terutamanya daripada C. indicum, tetapi juga melibatkan spesies-spesies yang lain.



Daun-daun pokok bunga kekwa juga kelihatan seakan-akan rumpai mugwort, saudara rapatnya (sehingga rumpai ini kekadang digelarkan 'pokok bunga kekwa liar'), dan oleh itu, tidak amat digemari oleh pekebun profesional. Dalam sebilangan negara di Eropah dan Jepun, bunga kekwa melambangkan kematian dan hanya digunakan untuk upacara pengebumian atau kubur. Di Amerika Syarikat, bunga ini biasanya diperlihatkan dengan positif dan riang.



[sunting] Penggunaan untuk masak-memasak

Bunga-bunga kekwa sering kalinya dimasak dengan air untuk menghasilkan apa yang digelarkan sebagai "teh bunga kekwa" (菊花茶, pinyin: jú huā chá, dalam bahasa Cina), sejenis minuman manis, di dalam sebilangan kawasan Asia. Teh bunga kekwa mempunyai banyak kegunaan perubatan, termasuk pemulihan daripada demam selesema.



Beberapa spesies Chrysanthemum coronarium (bahasa Inggeris: Garland Chrysanthemum) telah ditanam secara perdagangan di Asia Timur sebagai sayur-sayuran daun yang dikenali sebagai tung ho (bahasa Cina: 茼蒿; pinyin: tónghāo) atau shungiku (bahasa Jepun: 春菊[シュンギク]).



Di China, daun-daun kekwa dimasak secara mudah dengan bawang putih dan cili kering. Sayur kekwa yang telah dimasak mempunyai warna yang tua, tekstur yang padat dan bermusilaj, serta bau yang harum dan kompleks





Glitter-Words.netGlitter-Words.netGlitter-Words.netGlitter-Words.netGlitter-Words.net Glitter-Words.netGlitter-Words.netGlitter-Words.netGlitter-Words.netGlitter-Words.netGlitter-Words.net



Pokok Bunga Kertas mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik.


Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvilla, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.

Pokok bunga kertas tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.

Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan




BUNGA PAKMA
Alam: Tumbuhan


Divisi: Magnoliophyta

Kelas: Magnoliopsida



Order: Rafflesiales

Famili: [[]]

Genus: Pokok Pakma

Spesies

Rafflesia arnoldii

Rafflesia cantleyi

Rafflesia gadutensis

Rafflesia hasseltii

Rafflesia keithii

Rafflesia kerrii

Rafflesia manillana

Rafflesia micropylora

Rafflesia pakma

Rafflesia pricei

Rafflesia rochussenii

Rafflesia schadenbergiana

Rafflesia speciosa

Rafflesia tengku-adlinii

Rafflesia tuan-mudae


Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.


[sunting] Ciri

Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.

Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain. [1]

RafflesiaSelalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini, kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput.

Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah.

Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain.




BUNGA MATAHARI
Alam: Plantae


Kelas: Magnoliopsida

Order: Asterales

Keluarga: Asteraceae



Genus: Helianthus

Spesies: H. annuus



Pokok bunga matahari (Helianthus annuus) ialah sejenis pokok semusim dalam famili Asteraceae yang berasal dari benua Amerika, dengan kepalanya berkuntum besar. Batang pokok bunga ini boleh bertumbuh setinggi 3 meter, dan bunganya pula boleh mencapai diameter 30 cm dengan benih-benih "besar". Perkataan "bunga matahari" juga digunakan untuk mengertikan semua tumbuhan dalam genus Helianthus yang kebanyakannya pokok saka.




BUNGA RAYA
 

Pengelasan saintifik

Alam: Tumbuhan

Divisi: Magnoliophyta

Kelas: Magnoliopsida

Order: Malvales


Keluarga: Malvaceae

Genus: Hibiscus

Spesies: H. rosa-sinensis

Nama binomial

Hibiscus rosa-sinensis



Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu[1] (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.




Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.



Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.



Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.





BUNGA TELUR


Bunga telur merupakan satu alatan yang penting dalam persandingan orang Melayu. Dalam adat Melayu, telur yang terdapat pada bunga telor mewakili kesuburan. Oleh itu ia dianggap sebagai mendoakan agar pasangan tersebut subur dan mendapat zuriat dalam masa terdekat.




Pada umumnya, bunga telur merujuk kepada kuntum bunga diikat telur dan dipacak pada pulut kuning di kiri dan kanan mempelai. Bagaimanapun ada juga yang memecahkan tafsiran bunga telur dengan labih lanjut, iaitu: Bunga pahar adalah kuntum bunga diikat telur dan dipacak pada pulut kuning di kiri dan kanan mempelai, sementara bunga telur sebagai buah tangan yang diberikan kepada para hadirin.



Bunga telur/pahar ini biasanya diberikan hanya pada sanak saudara terdekat, yang dijemput merenjis air mawar dan menabur bunga rampai keatas kedua mempelai.



Pada masa kini, akibat kesukaran menyediakan telur, terdapat pasangan yang menggantikan telur dalam bunga telur ini dengan gula-gula. Ini disebabkan sekiranya tidak pandai menyediakan telur, banyak telur yang pecah ketika direbus, dan masalah telur yang tidak tahan disimpan, menyebabkan ia hanya dapat disediakan sehari sebelum majlis berlangsung.