BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 30, 2010









Alam: Animalia

Filum: Chordata

Kelas: Mammalia

Order: Carnivora

Keluarga: Felidae

Genus: Panthera
Spesies: P. onca



Jaguar (Panthera onca) ialah sejenis kucing besar yang tergolong dalam genus Panthera, dan juga satu-satunya spesies Panthera yang berasal dari benua Amerika. Jaguar ialah kucing liar ketiga terbesar selepas harimau dan singa, dan juga kucing yang terbesar dan terkuat di Hemisfera Barat. Taburan jaguar meliputi kawasan dari Mexico di utara, merentasi Amerika Tengah hingga ke Paraguay dan Argentina utara di selatan. Melainkan di sebahagian negeri Arizona (tenggara Tucson), spesies jaguar telah menjadi pupus di Amerika Syarikat sejak awal 1900-an.




Kucing berbintik ini amat menyerupai harimau bintang, tetapi badannya lebih besar dan teguh, manakala sifat-sifat tabii dan habitatnya lebih menyerupai harimau belang. Biarpun lebih gemar hidup dalam kawasan hutan hujan, namun jaguar juga boleh hidup dalam berbagai-bagai jenis kawasan berhutan dan terbuka. Selain itu, habitatnya mesti ada punca air, apalagi jaguar juga pandai berenang seperti harimau belang. Jaguar merupakan pemangsa hendap yang biasanya memburu secara bersendirian dan memilih mangsanya mengikut peluang, dan juga pemangsa puncak dan batu kunci, yang memainkan peranan penting dalam menstabilkan ekosistem dan mengawal bilangan spesies mangsanya. Gigitan jaguar teramat kuat sekali, berbanding kucing-kucing besar yang lain,[3] sehingga boleh menusuk cangkerang kura-kura[4] serta menggunakan cara pembunuhan yang tersendiri, iaitu menggigit telinga mangsa sampai menusuk tengkorak dan otaknya.[5]



Jaguar ialah sejenis spesies hampir terancam yang semakin berkurangan bilangannya akibat kehilangan dan fragmentasi habitat. Sungguhpun larangan undang-undang dikenakan terhadap perdagangan jaguar atau anggota badannya di peringkat antarabangsa, namun nyawa kucing besar ini masih diancam oleh manusia, khususnya ketika berdepan dengan peladang dan penternak di Amerika Selatan. Meskipun begitu, taburan jaguar masih tetap meluas. Disebabkan wujud begitu lama dalam sejarah, jaguar banyak menjadi bahan utama dalam mitos kebudayaan pribumi benua Amerika, termasuk Maya dan Aztec.



 

 




























Tuesday, June 29, 2010


 










Alam: Tumbuhan


Divisi: Magnoliophyta

Kelas: Magnoliopsida

Order: Laurales

Famili: [[]]

Genus: Litsea

Spesies: L. grandis





Pokok Bunga Mawar merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.




Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga, oleh itu dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah satu bunga asing bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu. Bunga Mawar mempunyai keharuman yang lemah dan tidak sekuat bunga tempatan. Ini mungkin disebabkan bunga Mawar tidak banyak mempunyai persaingan. Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.