BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Haiwan-haiwan Liar


Glitter-Words.netGlitter-Words.netGlitter-Words.netGlitter-Words.netGlitter-Words.netGlitter-Words.netGlitter-Words.net






Harimau (Panthera tigris) merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis "kucing besar" dalam genus Panthera, dan anggota famili Felidae.[4] Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan maging. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meter (11 ka) dan berat 300 kilogram (660 paun).[5][6] Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.




Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, terdapat dari kawasan taiga Siberia, ke padang rumput terbuka, ke paya bakau tropika, antara lainnya. Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering terjadinya konflik antara harimau dan manusia. Tiga daripada sembilan subspesies harimau moden sudah diisytiharkan pupus dan enam yang selebihnya digolongkan sebagai terancam. Punca-punca utama harimau terancam ialah kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan juga kegiatan memburu. Harimau yang pernah menduduki kawasan-kawasan seluas Mesopotamia dan Caucasus hingga Asia Selatan dan Timur, kini semakin berkurangan bilangannya. Walaupun semua spesies yang masih ada diberi perlindungan undang-undang, namun pemburuan, kemusnahan habitat dan kemurungan pembiakbakaan dalam tetap menjadi ancaman.



Walau apapun, harimau tetap menjadi salah sejenis megafauna berkarisma yang paling terkenal di dunia. Harimau banyak memainkan peranan penting dalam mitos dan budaya rakyat, di samping masih mendapat tempat dalam bidang perfileman dan kesusasteraan moden. Lukisan harimau sering dijumpai pada bendera dan jata negara, sebagai maskot sukan, dan haiwan kebangsaan sebilangan negara Asia, termasuk Malaysia.






Seekor harimau berenang di taman Six Flags Great Adventure di Jackson Township, New Jersey.Kawasan harimau biasanya mempunyai tiga ciri utama: Ia akan memiliki perlindungan bagus, terletak berhampiran air dan terdapat banyak mangsa. Harimau Benggala tinggal di semua jenis hutan, termasuk hutan basah, malar hijau, separa-malar hijau Assam dan timur Benggala; hutan bakau Delta Ganges; hutan daun luruh Nepal dan hutan duri Barat Ghats. Berbanding singa, harimau lebh menyukai tumbuh-tumbuhan tebal, kerana penyamarannya lebih sesuai, dan di mana pemangsa tunggal tidak kekurangan kelebihan berbanding kawanan. Antara kucing besar, cuma harimau dan jaguar yang pandai berenang; harimau sering ditemui mandi dalam kolam, tasik dan sungai. Berbeza dengan kucing lain, yang cenderung mengelak air, harimau mencarinya secara aktif. Semasa waktu panas hari, harimau sering dijumpai menyejukkan diri di dalam air. Harimau merupakan perenang baik dan dapat berenang sehingga 4 batu. Harimau juga sering didapati membawa mangsa yang dibunuhnya merentasi tasik.



[sunting] Sifat fizikal, taksonomi dan evolusi

Di China dan Jawa, telah dijumpai tinggalan seekor kucing seakan-akan harimau, iaitu Panthera palaeosinensis, yang pernah hidup sekitar 2 juta tahun dahulu, ketika bermulanya zaman Pleistosen, tetapi lebih kecil berbanding harimau zaman sekarang. Fosil-fosil harimau sebenar terawal yang dikenal pasti dijumpai di Jawa, berusia antara 1.6 hingga 1.8 juta tahun. Fosil-fosil yang berbeza dari zaman awal dan pertengahan Pleistosen juga ditemui dalam mendapan tanah dari China dan Sumatera. Satu subspesies bernama Harimau Trinil (Panthera tigris trinilensis) pernah hidup sekitar 1.2 juta tahun dahulu, dan fosil-fosilnya ditemui di Trinil, Jawa.[7]



Harimau mula menjejak kaki di India dan Asia Utara pada zaman akhir Pleistosen, mencapai Beringia (tetapi tidak benua Amerika), Jepun, dan Sakhalin. Fosil-fosil yang ditemui di Jepun menandakan harimau-harimau tempatan dahulu kala, seperti subspesies yang masih wujud di kepulauan tersebut, adalah lebih kecil berbanding harimau di tanah besar. Ini mungkin disebabkan oleh kaitan saiz badan dengan ruang persekitarannya, ataupun kurangnya bekalan mangsa. Sehingga zaman Holosen, harimau juga berhabitat di Borneo dan juga pulau Palawan di Filipina.[8]



[sunting] Ciri-ciri fizikal



Harimau Siberia.Harimau merupakan spesies kucing liar yang paling terkenal (selain singa). Harimau biasanya berbulu kemerahan atau perang berkarat, bulu dadanya berwarna keputihan, "berjambul" putih melilit mukanya, dan belang-belang yang berwarna perang, kelabu atau hitam. Setiap subspesies harimau memiliki bentuk dan kepadatan belang yang berlainan dari subspesies yang lain (di samping juga corak warna bulunya; misalnya, harimau Siberia berwarna lebih pudar berbanding subspesies yang lain). Kebanyakan harimau memiliki lebih 100 batang belang. Setiap harimau memiliki corak belang yang unik kepadanya, oleh itu mungkin ada gunanya untuk mengenal pasti harimau individu, seperti mana cap jari digunakan untuk mengenal pasti orang. Walaupun begitu, ini bukan cara yang biasa digunakan kerana sukarnya merakam corak belang seekor harimau liar. Mungkin sekali belang berfungsi sebagai alat penyamaran untuk membantu harimau menyorokkan diri dalam bayang bertelau-telau dan rumput panjang di persekitarannya, sambil menghendap mangsanya. Apabila bulu harimau dicukur, corak belang yang sama dengan bulunya juga kelihatan. Seperti spesies kucing besar yang lain, terdapat bintik putih di belakang kedua-dua belah telinga harimau.





Rangka harimau.Tigers juga digeruni sebagai kucing yang paling berat di hutan belantara.[9] Harimau juga memiliki kaki dan bahu yang amat kuat, yang membolehkannya mengheret mangsa yang lebih berat daripada dirinya. Bagaimanapun, setiap subspesies berlainan saiznya dengan satu sama lain, apalagi lebih tinggi latitud habitatnya maka lebih besar subspesiesnya, selaras dengan hukum Bergmann. Maka, harimau Siberia (Panthera tigris altaica) jantan yang lebih besar boleh mencapai kepanjangan 3.5 m "ikut lengkung" (3.3 m. "ukuran lurus") dan berat 306 kilogram,[10] iaitu lebih besar berbanding harimau-harimau yang tinggal di kepulauan seperti harimau Sumatera, iaitu subspesies hidup yang terkecil dengan berat badan setakat 75–140 kg sahaja.[10] Harimau betina lebih kecil berbanding harimau jantan dalam setiap subspesies. Perbezaan saiz antara harimau jantan dan betina lebih ketara dalam subspesies yang lebih besar, iaitu berat harimau jantan bersamaan dengan 1.7 kali berat harimau betina.[11] Selain itu, harimau jantan lebih luas tapak kaki depannya berbanding harimau betina. Perbezaan ini sering digunakan oleh ahli biologi untuk menentukan jantina harimau apabila memerhati kesan tapak kakinya.[12] Tengkorak harimau amat serupa dengan tengkorak singa, cuma bahagian hadapannya tidak begitu tertekan atau rata, dengan kawasan postorbital yang lebih panjang sedikit berbanding tengkorak singa yang lebih lebar lubang hidungnya. Namun begitu, disebabkan perbezaan tengkorak kedua-dua spesies tersebut tidak begitu ketara, spesies pemilik tengkorak biasanya hanya dapat ditentukan melalui struktur rahang bawahnya.[13]



[sunting] Subspesies

Terdapat enam sub-spesies harimau dalam genus Panthera yang masih hidup pada masa sekarang dari jumlah asal sembilan sub-spesies harimau moden. Tiga sub-spesies harimau yang selebihnya telah pun dianggap pupus secara rasmi. Sub-spesies harimau yang diketahui adalah seperti berikut:-



[sunting] Masih wujud

Harimau Siberia (Panthera tigris altaica) - atau juga dikenali sebagai Amur, Ussuri, Harimau Timur Laut China, atau harimau Manchuria. Harimau Siberia tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput China, Korea Utara, dan Asia Tengah di Rusia. Sub-spesies ini merupakan yang terkuat di antara semua jenis kucing liar di dunia.

Harimau Cina Selatan (Panthera tigris amoyensis) - yang tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput tengah dan barat Republik Rakyat China. Harimau ini pernah digelar oleh Mao Zedong sebagai satu ancaman kepada keselamatan orang ramai.

Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Malaysia, Kemboja, Republik Rakyat China, Laos, Myanmar, Thailand, dan Vietnam.

Harimau Benggala (Panthera tigris tigris) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Bangladesh, Bhutan, Republik Rakyat China, India, dan Nepal.

Harimau Sumatra (Panthera tigris sumatrae) - yang tinggal hanya di kepulauan Sumatera.

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni) - yang terdapat di kawasan Semenanjung Malaysia. Sehingga tahun 2004, harimau Malaya tidak diiktiraf sebagai sub-spesies yang berbeza, sebaliknya dianggap sebagai sub-spesies Harimau Indochina.

[sunting] Pupus

Harimau Bali (Panthera tigris balica) - yang telah pupus sekitar 1937. Harimau Bali pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Bali, Indonesia.

Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) - yang telah pupus sekitar 1972. Harimau Jawa pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Jawa, Indonesia.

Harimau Kaspia atau Harimau Parsi (Panthera tigris virgata) - yang telah pupus sekitar 1950-an. Harimau Kaspia ini pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan dan padang rumput Afghanistan, Iran, Mongolia, Turki, dan kawasan Asia tengah Rusia.

[sunting] Kacukan

Pengacukan antara kucing-kucing besar, termasuk sekali harimau, mula-mula dikonsepkan pada abad ke-19, ketika pihak zoo berminat untuk mencari haiwan aneh untuk dipamerkan demi mengaut keuntungan.[14] Adalah diketahui bahawa singa boleh membiak bersama harimau (terutamanya subspesies Amur dan Benggala) untuk melahirkan kacukan yang bergelar liger dan tiglon (atau tigon).[15] Kacukan sebegini pernah sering dibakakan dalam zoo, tetapi kini tidak digalakkan kerana penekanan diberi kepada pemuliharaan spesies dan subspesies. Sungguhpun begitu, kacukan sedemikian masih dibakakan dalam taman haiwan persendirian di China.



Liger ialah hasil kacukan singa jantan dengan harimau betina (lion + tiger).[16] Disebabkan singa jantan menurunkan gen penggalak pertumbuhan tanpa dipadani oleh gen pembantut pertumbuhan dari harimau betina, maka liger membesar lebih cepat berbanding kedua-dua induknya, selain mencampuri sifat-sifat fizikal dan tabii dari kedua-dua spesies induknya (bintik dan belang kelihatan pada latar perang muda). Liger yang jantan adalah mandul, tetapi yang betina pula biasanya subur. Liger jantan cuma ada 50% peluang bersurai, jika ya pun, surainya cuma separuh tebalnya berbanding singa sejati. Liger biasanya berukuran antara 10 hingga 12 kaki panjangnya, dan juga boleh mencapai berat antara 800 dan 1,000 paun atau lebih lagi.[16]



Lebih jarang ditemui pula ialah tigon, yang merupakan kacukan antara harimau jantan dan singa betina (tiger + lion).[17]



[sunting] Variasi warna

[sunting] Harimau putih



Sepasang harimau putih di Taman Haiwan Singapura.Hasil daripada mutasi, wujudnya harimau putih atau chinchilla albinistic[18] yang jarang ditemui di alam liar, tetapi banyak terdapat dalam zoo. Cubaan membiak baka harimau putih sering mengakibatkan pembiakbakaan dalam (kerana ciri ini adalah resesif). Banyak inisiatif telah diambil untuk mengawankan harimau putih bersama harimau jingga untuk menyelesaikan masalah ini, termasuk mencampurkan subspesies. Pembiakbakaan dalaman sebegini boleh menyebabkan harimau putih mengalami kecacatan fizikal seperti lelangit rekah dan skoliosis (kelengkungan tulang belakang).[19][20] Lebih-lebih lagi, harimau putih cenderung bermata juling (iaitu strabismus). Walaupun kelihatan sihat, hayat harimau putih selalunya tidak sepanjang harimau jingga. Catatan mengenai harimau putih mula-mula dirakamkan pada awal abad ke-19.[21] Harimau putih hanya lahir kepada kedua-dua induk yang membawa gen jarang yang ditemui dalam harimau putih; dihitungkan hanya satu daripada 10,000 kelahiran yang berjaya mewarisi gen ini. Harimau putih ini bukan subspesies yang berasingan, cuma sekadar kelainan warna; memandangkan subspesies Benggala sahajalah yang diperhatikan adanya harimau putih di kalangannya dalam alam liar[22] (di samping semua harimau putih dalam kurungan sekurang-kurangnya berkacukan Benggala), maka adalah sangkaan ramai bahawa gen resesif inilah yang menyebabkan pemutihan ini hanya dibawa oleh harimau Benggala, itupun tidak diketahui sebab-sebabnya.[19][23]



[sunting] Harimau belang emas



Seekor harimau belang emas/strawberi di Zoo Buffalo.Selain harimau putih, wujudnya satu lagi jenis gen resesif yang boleh menzahirkan kelainan warna "belang emas" (golden tabby) atau "strawberi" yang luar biasa sekali. Dari segi warna, harimau belang emas berbulu emas muda, berkaki pucat dan berbelang jingga pudar. Bulunya juga lebih tebal dari biasa.[24] Dalam kurungan cuma ada 30 ekor harimau ini. Seperti harimau putih juga, harimau strawberi ini sekurang-kurangnya berkacukan Benggala. Sesetengah harimau belang emas, iaitu harimau heterozigot, membawa gen harimau putih, dan apabila dua ekor harimau sebegini mengawan, maka boleh terlahirnya anak harimau putih tanpa belang. Kedua-dua harimau putih dan belang emas selalunya lebih besar berbanding harimau Benggala yang biasa.



[sunting] Biologi dan tabiat

[sunting] Kewilayahan

Pada pokoknya, harimau merupakan haiwan yang berkelakuan bersendirian dan kewilayahan. Saiz liputan tempat tinggal harimau banyak bergantung pada kecukupan mangsa dan peluang mengawan. Seekor harimau betina boleh menguasai wilayah seluas 20 kilometer persegi, manakala harimau jantan pula lebih luas wilayahnnya, iaitu sekitar 60–100 km2. Liputan wilayah seekor harimau jantan sering bertindan dengan beberapa wilayah harimau betina.





Kebanyakan harimau gemar bersendirian.Hubungan antara harimau individu agak kompleks, kerana nampaknya harimau tidak mengikuti apa-apa "ketetapan" berkenaan hak kewilayahan dan pencerobohan wilayah. Contohnya, walaupun sering mengelakkan diri dari satu sama lain, namun pernah dirakamkan juga harimau jantan mahupun betina berkongsi habuan buruannya. Misalnya, George Schaller memerhati seekor harimau jantan berkongsi habuan dengan dua ekor harimau betina dan empat ekor anak harimau. Harimau betina biasanya keberatan untuk membenarkan harimau jantan mendekati anak-anaknya, tetapi Schaller memerhati harimau betina tersebut tidak berbuat apa-apa untuk melindungi anak-anaknya dari harimau jantan, jadi mungkin sekali harimau jantan itu merupakan bapa kepada anak-anak harimau itu. Harimau jantan membenarkan harimau betina dan anak-anaknya memakan habuan dahulu. Lebih-lebih lagi, harimau kelihatan agak berbaik-baik berkongsi habuan, berbanding dengan singa yang cenderung berkelahi dan berbalah. Pernah diperhatikan juga harimau bukan saudara memakan mangsa bersama-sama. Rangkap berikut dipetik dari buku Stephen Mills yang berjudul Tiger, yang mana beliau mengisahkan peristiwa yang disaksikan oleh Valmik Thapar dan Fateh Singh Rathore di Ranthambhore:[25]



Seekor harimau betina dominan yang bergelar Padmini membunuh seekor nilgai (sejenis antelop besar) jantan seberat 250 kg (550-lb). Mereka menemui Padmini bersama habuannya dan anak-anaknya yang berusia 14 bulan, sebaik sahaja selepas waktu subuh lalu memerhatinya tanpa henti selama sepuluh jam. Sepanjang berjam-jam ini, keluarga Padmini disertai oleh dua harimau betina dan seekor harimau jantan, ketiga-tiganya juga kelahiran seperanak Padmini yang dahulu; ditambah oleh dua harimau bukan saudara, iaitu seekor betina dan seekor lagi tidak pasti jantinanya. Pada pukul tiga, terdapat sembilan ekor harimau di sekeliling habuan itu.



Harimau betina muda cenderung mengasaskan wilayah pertamanya berhampiran dengan kawasan induknya. Lama-kelamaan pertindanan wilayah harimau betina muda itu dengan ibunya semakin berkurangan. Harimau jantan pula lebih berjauhan dari induk berbanding harimau betina, iaitu keluar pada usia yang agak muda untuk menandakan kawasan sendiri. Seekor harimau jantan muda memperoleh wilayahnya sama ada dengan mencari liputan yang tiada harimau jantan yang lain, atau tinggal dalam wilayah harimau jantan lain buat seketika, sehingga usianya dan kekuatannya mencukupi untuk mencabar tuan rumahnya. Kadar kematian tertinggi (30-35% setahun) di kalangan harimau jantan berlaku di kalangan harimau jantan muda yang baru meninggalkan kawasan induknya untuk mencari wilayah sendiri.[26]





Dua beradik harimau Benggala jantan bermain di Taman Simpanan Harimau Pilibhit, India.Harimau jantan lebih tidak tahan dengan kehadiran jantan yang lain dalam wilayahnya berbanding harimau betina terhadap betina yang lain. Walaupun begitu, perbalahan wilayah selalunya dileraikan dengan sekadar menakut-nakutkan satu sama lain daripada tindakan agresif terang-terangan. Beginilah yang diperhati dalam peristiwa-peristiwa sedemikan, yang mana harimau menandakan penyerahan kalah dengan bergolek pada belakangnya sambil mendedahkan dadanya secara postur menyerah.[27] Selepas itu, harimau jantan yang dominan boleh bertoleransi dengan peserahnya dalam liputannya, asalkan tidak terlalu berhampiran sesama sendiri.[26] Perbalahan yang ganas sekali boleh tercetus antara dua ekor harimau jantan apabila seekor harimau betina sedang mengalami estrus, hingga boleh berakhir dengan kematian sebelah pihak, inipun jarang berlaku.[26][28]



Untuk menandakan wilayahnya, harimau jantan membuang air pada pokok, di samping meninggalkan jejak dengan tinjanya. Harimau jantan mengerut mukanya apabila mengesan kesuburan seekor harimau betina dengan menghidu air kencing harimau betina.



Pelbagai teknik telah digunakan untuk mengkaji harimau di alam liar. Pada awalnya, bilangan harimau dianggarkan dengan mengisi kesan jejak kakinya dengan acuan lepa, sehingga kaedah ini didapati kurang berkesan[29] lalu diganti oleh cubaan kaedah menggunakan rakaman kamera. Teknik-teknik terkini yang menggunakan DNA yang dipetik pada tinjanya juga dinilai. Kaedah relang leber radio juga diterima secara meluas untuk menjejaki harimau liar untuk tujuan penyelidikan.



[sunting] Pemburuan dan pemakanan



Kegigian harimau (atas), dibandingkan dengan kegigian beruang hitam Asia (bawah). Gigi taring besar digunakan untuk melakukan gigitan pembunuh, tetapi karnasial gigi pula digunakan untuk mengoyak daging ketika makan.Di alam liar, harimau biasanya memakan haiwan bersaiz besar atau sederhana. Sambar, seladang, rusa bintik, babi hutan, nilgai dan kerbau merupakan mangsa kegemaran harimau di India. Adakalanya, harimau juga memburu harimau bintang, ular sawa, beruang sloth dan buaya. Di Siberia, spesies mangsa utamanya ialah wapiti Manchuria, babi hutan, rusa sika, moose, kijang, dan rusa kesturi. Di Sumatera pula, sambar, kijang, babi hutan, dan tenuk dimangsakan pula. Seperti haiwan pemangsa yang lain, harimau mencuri peluang memakan mangsa yang lebih kecil seperti monyet, burung merak, kelinci, dan ikan.



Gajah dewasa sememangnya terlalu besar untuk dijadikan mangsa utama harimau, tetapi selalunya terjadi perbalahan antara harimau dan gajah. Pernah diperhatikan juga seekor harimau membunuh seekor Badak Sumbu India.[30] Adakalanya anak gajah dan anak badak dijadikan mangsa harimau, begitu juga dengan haiwan jinak seperti anjing, lembu, kuda dan keldai.[31]



Harimau yang berusia lanjut atau tercedera, hingga tidak mampu mengejar mangsa semula jadinya, boleh bertukar menjadi pemakan manusia, terutamanya di seluruh India. Di kawasan Sundarban pula, adanya juga harimau sihat yang mengejar nelayan dan penduduk kampung yang mencari hasil hutan, menjadikan manusia sebagai sebahagian kecil dalam pemakanan harimau.[32] Sekali-sekala harimau memakan tumbuh-tumbuhan untuk memperoleh serabut diet, terutamanya sekali buah Careya arborea.[31]





Keunggulan harimau sebagai pemangsa hebat terletak pada rahangnya yang amat kuat serta giginya yang tajam sekali.Harimau biasanya berburu pada waktu malam[33], secara bersendirian dan menyerang hendap mangsa seperti jenis-jenis kucing yang lain, mengatasi mangsa dari mana-mana sudut, menggunakan kebesaran dan kekuatannya untuk menjatuhkan mangsa yang besar. Walau begitu berat sekalipun, harimau boleh berlari sepantas 49-65 kilometer sejam (35-40 batu sejam), tetapi hanya boleh memecut untuk masa yang singkat kerana stamina yang terhad. Oleh itu, harimau mesti cukup dekat dengan mangsa sebelum menyerang. Harimau begitu hebat lompatannya, iaitu dilaporkan melompat secara mengufuk melebihi 10 meter, tetapi biasanya banyak melompat sepanjang separuh jarak tersebut. Sungguhpun demikian, hanya satu daripada dua puluh buruan berjaya memperoleh habuan.[33]



Ketika memburu mangsa yang lebih besar, harimau lebih gemar menahan mangsa pada tanah dengan kaki hadapannya, sambil menggonggong kerongkong mangsa sehingga mati.[34] Dengan cara inilah, seladang dan kerbau seberat satu tan pun boleh tewas kepada harimau yang hanya seberat satu perenam berat mangsanya.[35] Bagi mangsa yang lebih kecil, harimau menggigit tengkuknya hingga terpatah saraf tunjangnya, menusuk salur udaranya, atau memutuskan urat jugulum atau arteri karotid amnya.[36] Walaupun jarang diperhatikan, ada sebilangan harimau yang dicatatkan memukul mangsa hingga mati dengan tapak kakinya yang cukup kuat untuk menghancurkan tengkorak lembu ternakan,[31] mahupun mematahkan tulang belakang beruang sloth.[37]



Pada 1980-an, seekor harimau bernama "Genghis" di Taman Negara Ranthambhore diperhatikan sering memburu mangsa melalui air tasik yang dalam,[38] iaitu corak kelakuan yang tidak pernah disaksikan sepanjang dua abad lebih pemerhatian harimau. Lebih-lebih lagi, Genghis menunjukkan prestasi cemerlang sebagai seekor harimau kerana sebanyak 20% buruan berjaya dibunuhnya.



[sunting] Pembiakan



Seekor harimau betina bersama anak-anaknya di Taman Simpanan Harimau Kanha, India.Harimau boleh mengawan bila-bila masa sepanjang tahun, tetapi bulan November hingga April menjadi pilihan kebanyakan haiwan ini.[39] Seekor harimau betina hanya membuka dirinya kepada pasangan selama beberapa hari, dan ketika inilah pengawanan kerap berlaku. Sepasangan harimau bersanggama dengan kerap dan bisingnya, seperti jenis kucing yang lain. Tempoh kebuntingan harimau adalah selama 16 minggu, kemudian menghasilkan seperinduk tiga atau empat anak harimau yang beratnya 1 kilogram (2.2 lb) seekor dan lahir dalam keadaan buta dan lemah. Ibu harimau bersendirian melindungi anaknya dengan melindunginya jerumun seperti belukar dan rekahan batu. Bapa harimau pula biasanya tidak berbuat apa-apa pun untuk menjaga anak-anaknya. Harimau jantan yang tiada pertalian saudara juga boleh membunuh anak harimau semata-mata untuk membukakan hati harimau betina, kerana harimau betina boleh beranak lagi dalam masa 5 bulan sekiranya kehilangan anak-anak yang sebelumnya.[39] Kadar kematian anak harimau agak tinggi, iaitu kira-kira separuh darinya tidak sempat mencecah usia dua tahun.[39]



Dalam setiap seperinduk wujudnya seekor anak harimau dominan, biasanya jantan.[38] Anak ini biasanya menguasai adik-beradiknya ketika bermain dan selalunya lebih cukup aktif sehingga boleh meninggalkan induknya lebih awal dari biasa. Pada usia lapan minggu, anak-anak harimau sedia mengikuti induknya keluar dari jerumun, tetapi tidak bersiar-siar bersama induknya yang merayau-rayau di wilayahnya sehingga usianya cukup matang. Anak harimau mula berdikari pada usia sekitar 18 bulan, tetapi ketika mencecah usia 2–2½ tahun barulah boleh menjauhi ibunya. Harimau betina mencapai kematangan seks pada usia 3–4 tahun, manakala yang jantan pula 4–5 tahun.[39]



Sepanjang hayatnya, seekor harimau betina melahirkan bilangan anak jantan dan betina yang lebih kurang sama rata. Harimau juga membiak dengan sihat dalam kurungan, hinggakan bilangan harimau dalam kurungan di Amerika Syarikat mampu mengatasi bilangan harimau liar sedunia.[40]



[sunting] Hubungan dengan pemangsa lain

Harimau belang sekali-sekala boleh membunuh pemangsa yang cukup menggerunkan seperti harimau bintang, ular sawa dan buaya,[41][42][43] walaupun haiwan pemangsa biasanya menjauhi satu sama lain. Apabila ditangkap oleh buaya, harimau boleh menyerang mata buaya dengan tapak kakinya.[31] Harimau bintang mengelak persaingan harimau belang dengan memburu mangsa yang berlainan pada waktu yang berlainan.[30] Disebabkan begitu banyak mangsanya, harimau belang dan harimau bintang kelihatan tidak sukar hidup bersama tanpa terjejas oleh persaingan atau hierarki kedominanan antara spesies yang lebih kerap ditemui di kawasan savana.[44] Diketahui juga bahawa harimau boleh menindas serigala di kawasan-kawasan yang diduduki bersama oleh kedua-dua spesies.[45][46] Diperhatikan juga gerombolan anjing dhole bermati-matian menyerang lalu membunuh harimau kerana merebut makanan.[37] Harimau Siberia dan beruang perang boleh bersaing sesama sendiri dan selalunya mengelak daripada bertembung; namun demikian, harimau boleh membunuh anak beruang dan adakalanya beruang dewasa juga. Beruang hitam Asia dan beruang perang merupakan 5-8% makanan harimau di Timur Jauh Rusia.[10] Juga dicatatkan pula beruang perang membunuh harimau sama ada untuk mempertahankan diri mahupun merebut makanan.[13] Sebilangan beruang yang bangun dari hibernasi boleh cuba mencuri habuan harimau, namun adakalanya harimau sedia melindungi makanannya. Beruang sloth agak agresif dan adakalanya mengusir harimau muda agar menjauhi makanannya, walaupun adalah lebih kerap bagi harimau Benggala menjadikan beruang sloth sebagai mangsa.[10]



[sunting] Hubungan dengan manusia

[sunting] Mangsa manusia



Lukisan kegiatan memburu harimau sambil menunggang gajah, India, awal abad ke-19.Harimau merupakan antara haiwan buruan yang utama Asia, diburu secara besar-besaran dari abad ke-19 hingga awal abad ke-20 di kawasan India, sebagai kegiatan sukan yang digemari oleh penjajah British dan juga golongan maharaja dan bangsawan yang memerintah negeri-negeri kecil yang wujud sebelum kemerdekaan India. Kegiatan memburu harimau dilakukan oleh pemburu bersenjata yang berjalan kaki atau menunggang gajah, ataupun dengan menyediakan perangkap yang diisi umpan kambing atau kerbau.[47] Sekali-sekala, penduduk kampung memalun gendang secara berkumpulan untuk mengumpan harimau ke akhir riwayatnya. Terdapat panduan terperinci untuk menguliti harimau, di samping dibantu oleh ahli taksidermi yang berkepakaran menyediakan kulit harimau.



[sunting] Pemakan manusia

Walaupun jarang memakan manusia, namun harimau telah membunuh lebih ramai orang berbanding mana-mana kucing, khususnya di kawasan-kawasan di mana pertumbuhan kependudukan manusia, kegiatan pembalakan, dan pertanian telah menjejaskan habitat harimau. Kebanyakan harimau pemakan manusia lanjut usia dan kehilangan gigi, dan beralih ke daging manusia kerana tidak mampu menawan jenis mangsa yang lebih digemari.[32] Hampir kesemua harimau yang dikenal pasti sebagai pemakan manusia ditangkap, ditembak, atau diracuni begitu sahaja. Harimau yang tegar memakan manusia sebenarnya jarang mencerobohi kawasan penempatan manusia, sebaliknya berdiam di pinggiran kampung sahaja.[32] Apapun, harimau juga boleh menyerang dalam kampung.[48] Harimau pemakan manusia menjadi satu masalah di India dan Bangladesh, khususnya di Kumaon, Garhwal dan paya bakau Sundarban di Benggala, di mana diketahuinya beberapa ekor harimau yang sihat yang memburu manusia. Berikutan kemusnahan habitat secara mendadak dan perubahan iklim, maka banyaklah lagi serangan harimau terhadap manusia di kawasan Sundarban.[49]



[sunting] Perubatan tradisional Asia

Ramai penduduk negara China percaya bahawa sesetengah anggota badan harimau menyimpan sifat perubatan, seperti pengubat kesakitan dan afrodisiak.[50] Namun, tiadanya bukti saintifik yang menyokong dakwaan-dakwaan tersebut. Penggunaan anggota badan harimau dalam penghasilan perubatan farmasi di China sudahpun diharamkan, manakala pihak kerajaannya telah menetapkan kesalahan undang-undang berkenaan pemburuan harimau yang boleh dikenakan hukuman mati. Lebih-lebih lagi, segala kegiatan perdagangan anggota badan harimau adalah haram di sisi Konvensyen Perdagangan Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar Antarabangsa sementara China telah mengharamkan perdagangan bahan-bahan sedemikian sejak tahun 1993. Sungguhpun begitu, masih terdapat sebilangan ladang harimau di negara itu yang dikhususkan menternak harimau untuk tujuan keuntungan. Dianggarkan bahawa antara 4,000 dan 5,000 ekor haiwan yang separa jinak tinggal dalam ladang-ladang sedemikian hari ini.[51][52]



[sunting] Haiwan peliharaan

Persatuan Zoo dan Akuarium menganggarkan sebanyak 12,000 ekor harimau dibela sebagai haiwan peliharaan persendirian di Amerika Syarikat, iaitu jauh lebih banyak berbanding jumlah harimau liar di dunia,[53] termasuk 4,000 ekor di negeri Texas sahaja.[53]



Salah satu punca bilangan harimau begitu banyak di Amerika ialah undang-undangnya, yang mana hanya 19 buah negeri mengharamkan pemilikan harimau secara persendirian, 15 negeri sekadar mewajibkan lesen, dan 16 negeri pula langsung tiada peraturannya.[53]



Kejayaan program pembiakan di taman haiwan dan sarkas Amerika telah menyebabkan bilangan anak harimau lahir terlalu ramai pada 1980-an dan 1990-an, sekaligus menjatuhkan harga haiwan-haiwan tersebut.[53] SPCA menganggarkan kini terdapat 500 ekor singa, harimau dan kucing besar yang lain yang dimiliki persendirian di kawasan Houston sahaja.[53]



[sunting] Gambaran kebudayaan



Lukisan harimau oleh Kuniyoshi Utagawa dari abad ke-19.Harimau menduduki takhta Raja Segala Haiwan di kebanyakan budaya Asia timur,[54] melambangkan kerajaan, keberanian dan kemarahan.[55]



Sebagai salah seekor haiwan terpenting dalam mitos dan kebudayaan Cina, harimau mendapat tempat di kalangan 12 haiwan dalam zodiak Cina. Harimau digambarkan sebagai lambang duniawi menyaingi naga yang melambangkan rohani, bagai buku bertemu ruas. Sebenarnya, seni bela diri Hung Ga dari Cina Selatan adalah berasaskan pergerakan harimau dan burung jenjang. Sewaktu negara China diperintah oleh maharaja, harimau mempersonifikasi perang dan melambangkan panglima tentera tertinggi,[55] sementara maharaja dan maharani masing-masing dilambangkan oleh naga dan cenderawasih. Buruj Harimau Putih ialah salah satu daripada Empat Lambang dalam ilmu buruj Cina. Buruj tersebut adakalanya dikenali sebagai Harimau Putih Barat, kerana melambangkan arah barat dan musim luruh.[55]



Dalam agama Buddha, harimau merupakan salah satu daripada Tiga Makhluk Jahil, iaitu melambangkan kemarahan, di samping monyet sebagai lambang ketamakan dan rusa sebagai ketagihan cinta.[55]





Patung pahlawan Sala melawan harimau, lambang Empayar Hoysala di Belur, Karnataka, India.Orang Tungus memuja harimau Siberia seolah-olah separa dewa dan sering memanggilnya "datuk" atau "orang tua". Orang-orang Udege dan Nanai memanggilnya "Amba". Orang Manchu menggelar harimau Siberia sebagai "Hu Lin", iaitu raja.[12]



Dewi Hindu Durga berupa wirawati berlengan sepuluh yang menunggang harimau (atau singa) betina yang bernama Damon ketika berperang. Di India selatan, dewa Aiyappa berlambangkan harimau.[56]



Harimau juga menjadi bahan penting dalam bidang sastera. Dalam novel The Jungle Book karya Rudyard Kipling, si harimau Shere Khan ialah musuh ketat kepada watak utama, Mowgli. Songs of Experience karya William Blake juga menggambarkan harimau sebagai makhluk yang ganas dan menggerunkan. Berlawanan dengan karya-karya tadi, harimau juga boleh dijadikan baik dan lembut seperti Tigger dalam cerita Winnie-the-Pooh oleh A. A. Milne. Dalam novel Life of Pi, watak utama Pi Patel, satu-satunya mangsa manusia yang terselamat dari nahas kapal di Lautan Hindi, bersahabat dengan seekor harimau Benggala gergasi yang pernah menaiki kapal tersebut. Komik Calvin and Hobbes dibintangi seorang kanak-kanak bernama Calvin dan anak patung harimaunya, Hobbes.



Harimau ialah haiwan kebangsaan negara-negara Bangladesh, Nepal, India[57] (Harimau Benggala)[58] Malaysia (Harimau Malaya), Korea Utara dan Korea Selatan (Harimau Siberia).



Di Malaysia, selain Jata Negara yang mempamerkan dua ekor harimau yang berdiri di kedua-dua belah perisai sebagai lambang kekuatan dan keberanian, lambang harimau juga terdapat pada logo syarikat tersohor di Malaysia seperti Maybank dan Proton.



[sunting] Usaha pemuliharaan

Kegiatan memburu harimau untuk bulunya serta kemusnahan habitat telah mengakibatkan bilangan harimau liar menjunam dengan teruk sekali. Pada permulaan abad ke-20, dianggarkan ada lebih 100,000 ekor harimau di dunia, tetapi kini tinggal kira-kira 2,000 ekor harimau liar sahaja.[59]



[sunting] India

India selaku negara yang paling banyak bilangan harimau liar di dunia[60], sedang menjalankan sebuah usaha pemuliharaan bersepadu besar-besaran bernama Project Tiger sejak tahun 1973, melibatkan pembukaan hutan-hutan simpanan baru untuk memulihkan populasi harimau Benggala liar. Selain itu, langkah-langkah juga diambil oleh pihak kerajaan India untuk membasmi kegiatan memburu harimau secara haram, ditambah dengan pemindahan beratus-ribu penduduk kampung jauh dari habitat harimau agar mengurangkan pertembungan yang tidak diingini antara manusia dan harimau.[61] Setakat ini terdapat kira-kira 1,400 ekor harimau Benggala.



[sunting] Rusia

Harimau Siberia menghampiri kancah kepupusan dengan 40 ekor yang tinggal pada 1940-an, tetapi akhirnya diselamatkan apabila pihak pentadbiran Kesatuan Soviet menetapkan kawasan terlindung untuk membasmi kegiatan memburu. Pada 1990-an, kegiatan memburu harimau untuk pasaran China serta pembasmian hutan menjadi cabaran utama kepada usaha pemuliharaan subspesies harimau ini. Antara langkah-langkah yang diambil termasuklah memujuk para pemburu untuk memberi tumpuan kepada serigala, kerana harimau tidak banyak mengehadkan bilangan mangsa berbanding serigala, oleh itu ada baiknya mengawal populasi serigala.[62] Kini, terdapat 400-550 ekor harimau Siberia yang liar.



[sunting] China

Pertubuhan Save China's Tigers berusaha memperkenalkan Harimau Cina Selatan yang dikurung di Afrika Selatan ke dalam habitat aslinya yang dijadikan hutan simpanan, yang mana harimau-harimau berkenaan dilatih semula untuk mengasah kemahiran memburu seperti haiwan liar, di samping membiak secara semula jadi.[63]



Singa (Panthera leo) adalah mamalia karnivor yang terangkum dalam keluarga Felidae. Digelar Raja Rimba, ia merupakan salah satu daripada empat jenis kucing besar dalam genus Panthera. Dengan jantannya yang sangat besar, melebihi 250 kilogram (550 paun) beratnya, haiwan ini adalah kucing yang kedua terbesar selepas harimau.




SINGA


Singa-singa hidup selama lebih kurang 10–14 tahun di dalam hutan belantara, manakala dalam penawanan, haiwan ini boleh hidup melebihi 20 tahun. Singa amat suka bergaul, berbanding dengan kucing-kucing yang lain. Sekawanan singa terdiri daripada sekawanan singa betina dan anak-anak berkait serta sebilangan kecil singa jantan dewasa. Kawanan singa ini sangat menjaga wilayahnya. Anak-anak singa jantan yang telah dewasa akan diusir. Singa betina lazimnya memburu secara berkumpulan,dan biasanya memburu ungulat-ungulat besar seperti kuda belang, kerbau, zirafah, badak air dan juga gajah muda. Singa adalah benar-benar pemangsa, walaupun haiwan ini juga mencari-cari makanan jika terdapat peluang. Sedangkan singa pada umumnya tidak memburu manusia, sesetengahnya diketahui menjadi pemakan manusia dan mencari-cari mangsa manusia.



[sunting] Habitat

Singa-singa lazimnya menghuni di savana dan di padang rumput, walaupun haiwan ini juga menghuni di belukar dan hutan.



Singa-singa liar kini wujud di Asia dan kawasan sub-Sahara di Afrika, dengan saki-baki yang sangat terancam terdapat di kawasan-kawasan barat laut India. Singa-singa telahpun lama pupus di benua Afrika Utara, Timur Tengah, dan Asia Barat sejak dari awal-awal lagi. Sehingga akhir zaman Pleistosen (kira-kira 10,000 tahun dahulu), singa adalah mamalia daratan besar yang paling banyak, selain daripada manusia. Ketika itu, singa-singa boleh ditemui di kebanyakan kawasan Afrika serta juga di kebanyakan Eurasia dari Eropah barat sehingga ke India, selain daripada di kawasan jambatan darat Bering dan di Amerika dari Yukon hingga ke Peru.



GAJAH


Pengelasan saintifik

Alam: Haiwan

Filum: Kordata

Subfilum: Vertebrata

Kelas: Mamalia

Order: Proboscidea

Famili: [[]]

Genus

Loxodonta

Loxodonta cyclotis

Loxodonta africana

Elephas

Elephas maximus

Elephas recki (pupus)

Stegodon

Mammuthus



Gajah merupakan haiwan daratan terbesar di dunia. Terdapat 2 spesies gajah di dunia.



Gajah Asia

Gajah Afrika

Gajah Kerdil Malaysia

Gajah Afrika merupakan haiwan daratan terbesar di dunia. Sepanjang 55 juta tahun terdapat 500 spesies gajah yang dikenalpasti dan hanya dua spesies yang masih kekal iaitu Gajah Asia dan Gajah Afrika. Spesies Gajah Asia dan Gajah Afrika mula berpecah kira-kira dua juta tahun dahulu. Dari jurai keturunan spesies Gajah Asia terhasillah gajah mammoth yang bagaimanapun kini telah pupus.



Gajah Asia berbeza daripada Gajah Afrika dari segi telinganya yang kecil sedikit, mempunyai dahi yang rata, dan dua bonggol di kepalanya merupakan puncak tertinggi gajah, berbanding dengan Gajah Afrika yang mempunyai hanya satu bonggol di atas kepala. Selain itu, hujung belalai Gajah Asia hanya mempunyai 1 bibir, sementara Gajah Afrika mempunyai 2 bibit di hujung belalai. Kedua-dua jantina Gajah Afrika mempunyai gading sementara hanya gajah jantan Asia yang mempunyai gading yang jelas kelihatan.



Gajah juga pernah digunakan dalam perperangan sebagai gajah perang, yang digunakan bagi menyerang musuh


LADANG
Pengelasan saintifik


Alam: Haiwan

Filum: Kordata

Subfilum: Vertebrat

Kelas: Mamalia



Order: Rodentia

Famili: [[]]

[[{{{Ksubspesies}}}]]

Famili: Erethizontidae

Coendou

Sphiggurus

Erethizon

Echinoprocta

Chaetomys

Famili: Hystricidae

Atherurus

Hystrix

Thecurus

Trichys


Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Landak dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti babi berduri.




Keluarga landak terbahagi kepada dua iaitu Hystricidae dan Erethizontidae. Landak di Amerika adalah dari keluarga Erethizontidae sementara landak di tempat lain adalah dari keluarga Hystricidae.



Secara amnya, landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah.



Seseekor landak itu mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri mereka, landak akan mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracakan. Sesetengah landak turut mengundurkan diri dengan laju ke arah pemangsa, menyebabkan durinya tercucuk kepada pemangsa tersebut.



Tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti Trichys lipura di Borneo.



Di hutan Malaysia hanya terdapat tiga spesies landak dari Famili Hystricidea (Legakul & Mc Neely 1977, Medway 1978, Nowak 1999) iaitu spesies Hystrix brachyura (Landak Raya), Trichys fasciculata (Landak Padi) dan Atherurus macrourus (Landak Nibung).



 
MUSANG
Pengelasan saintifik


Alam: Haiwan

Filum: Chordata

Kelas: Mamalia


Order: Carnivora

Keluarga: Viverridae

sebahagiannya

Genus

Chrotogale

Cynogale

Diplogale

Hemigalus

Arctogalidia

Macrogalidia

Paguma

Paradoxurus

Civettictis

Viverra

Viverricula


 
Musang ialah sejenis mamalia jenis karnivor yang hidup di darat, sebahagian besarnya dari famili Viverridae. Ia sejenis binatang yang liar tetapi tidak buas, sangat licik dan pengecut. Rupanya seperti kucing tetapi tubuhnya besar sedikit dan bertindak aktif pada waktu malam. Musang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.


[sunting] Jenis musang

Musang Jebat (Viverra zibetha)

Musang Pulut (Common Palm Civet)

Musang Akar (Arctogalidia trivirgata)

Musang Hitam Pudar (Hose's Palm Civet)

Musang Rasa (Viverricula indica)

Musang Tenggalung (Viverricula malaccensis)

Musang Luwak (Paradoxurus hermaphroditus)

Musang Galing (Paguma larvata)

Musang Linsang (Prionodon linsang)

Musang Binturong (Arctictis binturong)

Musang Belang (Hemigalus derbyanus)

Musang Lamri (Paguma larvata}

[sunting] Ciri-ciri

Musang ini hidup di dalam hutan dan kadangkala memasukki perkampungan kecil mencari ayam untuk dijadikan mangsanya. Ada sesetengah jenis musang hidup di atas pokok dan membuat sarang di celah dahan pokok.

Musang akan aktif pada waktu malam untuk memburu mangsanya seperti ayam, itik, dan haiwan yang lebih kecil darinya. Bagi jenis musang pulut aktif di siang hari di dalam hutan mencari buah-buahan. Binatang jenis ini sangat pandai dan cekap memanjat pokok.

[sunting] Bentuknya

Saiz tubuhnya di antara 65cm hingga 80cm (tanpa ekor) manakala beratnya di antara 3kg hingga 7kg seekor. Warna musang ini bergantung kepada jenisnya kebiasaanya ia bewarna coklat tua dan ada yang berbelang-belang.

 
 
SERIGALA
 
Status pemuliharaan




Sedikit bimbang (IUCN 3.1)[1]

Pengelasan saintifik

Alam: Haiwan



Filum: Chordata

Kelas: Mamalia

Order: Carnivora

Keluarga: Canidae

Subkeluarga: Caninae

Tribe: Canini[2]

Genus: Canis

Spesies: C. lupus


 
Serigala (Canis lupus) ialah ahli buas terbesar famili Canidae. Ia merupakan pemandiri Zaman Air Batu yang berasal dari zaman Pleistosen Akhir sekitar 300,000 tahun dahulu.[3] Kajian penjujukan DNA dan hanyutan genetik mengesahkan bahawa serigala berkongsi leluhur sama dengan anjing bela jinak (Canis lupus familiaris). Walaupun aspek tertentu kesimpulan ini telah dipersoalkan, termasuk baru-baru ini,[4] jasad utama bukti mengesahkannya. Beberapa subspesies serigala telah dikenal pasti, meskipun bilangan sebenar subspesiesnya masih terbuka untuk perbincangan. Serigala lazimnya merupakan pemangsa apeks dalam ekosistem yang didudukinya. Walaupun tidak dapat menyesuaikan diri sebaik spesies canid umum,[4] serigala boleh hidup biak di hutan beriklim sederhana, padang pasir, gunung, tundra, taiga, padang rumput, dan malahan kawasan bandar.[5]