BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 6, 2010

Kerang

              Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.
             Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya.

Udang

       Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata .
       Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya.
       Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

Ular Tedung

        Ular Tedung adalah reptilia tidak berkaki dan berdarah sejuk .
        Ular dari keluarga Viperidae ini amat mudah dikenali berdasarkan warna badannya yang hitam dengan perut berwarna kelabu. Mampu mengembangkan tengkoknya dan sering menyemburkan ludah bila bertemu mangsa. Ular tedung hitam mampu mencecah panjang diantara 1.3 – 1.6 meter.
        Ular Tedung Hitam sering ditemui disekitar sungai, hutan, sawah dan ladang. Ia aktif pada waktu siang. Ular Tedung Hitam sangat agresif, tangkas, dan berani. Ia akan berdiri tegak, leher dikembangkan dan digoyang-goyang apabila bertemu mangsa. Makanannya terdiri daripada ular lain, tikus, dan reptilia lain.
        Kesan bisa Ular Tedung Hitam bergantung kepad jumlah bisa yang memasuki badan. Semburan bisa pada mata boleh mengakibatkan buta. Sekiranya semburannya itu terkena kepada luka, ia boleh membahayakan nyawa. Racunnya memberi kesan kepada saraf, jantung dan darah.

Musang

         Musang ialah sejenis mamalia jenis karnivor yang hidup di darat, sebahagian besarnya dari famili Viverridae. Ia sejenis binatang yang liar tetapi tidak buas, sangat licik dan pengecut. Rupanya seperti kucing tetapi tubuhnya besar sedikit dan bertindak aktif pada waktu malam. Musang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
         Musang ini hidup di dalam hutan dan kadangkala memasukki perkampungan kecil mencari ayam untuk dijadikan mangsanya. Ada sesetengah jenis musang hidup di atas pokok dan membuat sarang di celah dahan pokok.
         Musang akan aktif pada waktu malam untuk memburu mangsanya seperti ayam, itik, dan haiwan yang lebih kecil darinya. Bagi jenis musang pulut aktif di siang hari di dalam hutan mencari buah-buahan. Binatang jenis ini sangat pandai dan cekap memanjat pokok.
        Saiz tubuhnya di antara 65cm hingga 80cm (tanpa ekor) manakala beratnya di antara 3kg hingga 7kg seekor. Warna musang ini bergantung kepada jenisnya kebiasaanya ia bewarna coklat tua dan ada yang berbelang-belang.

Landak

         Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Landak dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti babi berduri.
        Keluarga landak terbahagi kepada dua iaitu Hystricidae dan Erethizontidae. Landak di Amerika adalah dari keluarga Erethizontidae sementara landak di tempat lain adalah dari keluarga Hystricidae.
        Secara amnya, landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah.
       Seseekor landak itu mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri mereka, landak akan mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracakan. Sesetengah landak turut mengundurkan diri dengan laju ke arah pemangsa, menyebabkan durinya tercucuk kepada pemangsa tersebut.
       Tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti Trichys lipura di Borneo.

Tupai

         Tupai ialah sejenis rodensia daripada keluarga Sciuridae yang kecil hingga sederhana saiznya.
         Tupai-tupai pokok yang berbulu lebat ekornya dan yang berasal dari Asia, benua Amerika dan Eropah, kecuali Ireland.
         Tupai merupakan haiwan mamalia dan berdarah panas. Tupai menjaga anaknya dan merupakan haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan secara amnya.

Katak

       Katak ialah sejenis haiwan amfibia.
       Katak dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata jongang dan ketiadaan ekor. Kebanyakan katak menjalani hidup mata jongang, tetapi juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak biasanya bertelur di lopak, kolam atau tasik; dan larvanya, iaitu berudu, berinsang dan bertumbuh dalam air. Katak dewasa merupakan haiwan maging yang gemar memakan haiwan artropod (terutamanya serangga), annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam, terutamanya ketika musim mengawan.
       Katak boleh didapati dari kawasan tropika ke subartik, tetapi kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian, merangkumi lebih 5,000 spesis yang dikenali. Namun begitu, populasi spesis katak tertentu kian merosot. 

Kelawar

        Kelawar adalah daripada susunan Chiroptera. Kelawar terbahagi kepada dua iaitu Keluang (Megabats) dalam sub-susunan Megachiroptera.
       Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Walaupun terdapat mamalia lain seperti tupai terbang yang mampu bergerak melalui udara, tupai terbang hanya mampu meluncur dan bukannya benar-benar terbang.
       Terdapat lebih kurang 1,000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk di dunia. Secara kasar kelawar dibahagikan kepada dua sub-susunan (suborder) iaitu 175 spesies keluang (kelawar besar-megabats) yang membentuk suborder Megachiroptera, dan kelawar (kelawar kecil-microbats). Kedua dua suborder kelawar membentuk keluarga kelawar yang terdiri daripada 1 keluarga keluang yang terdiri daripada 42 genus dengan 150 spesies, dan 16 keluarga kelawar.
       Kelawar-kelawar ini mempunyai makanan khusus yang terdiri daripada buah-buahan, serangga, dan darah. Kebanyakan kelawar didapati di kawasan basah tropika, tetapi kelawar juga terdapat di kebanyakan bahagian dunia kecuali dikawasan kutub, pulau yang terpencil, dan di pergunungan yang tinggi.

Kera

         Kera merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Macaca fascicularis.
         Kera terdapat diseluruh Malaysia termasuk dikawasan hutan bakau. Kadang-kala kera ini turun dari pokok dan menggali lumpur untuk mendapatkan ketam kecil sebagai makanan. Kera berwarna perang dan pandai berenang. Mereka hidup berkelompok dalam lingkungan 40 ekor sekumpulan.
         Kera adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Jantung Kera terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
         Kera merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan. kadar bayaran bagi menangkap adalah RM50.00 bagi 5 ekor dan RM10.00/tahun bagi memelihara

Harimau

         Harimau merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis "kucing besar".Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan maging. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meter (11 ka) dan berat 300 kilogram (660 paun).[5][6] Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.
          Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, terdapat dari kawasan taiga Siberia, ke padang rumput terbuka, ke paya bakau tropika, antara lainnya. Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering terjadinya konflik antara harimau dan manusia.
          Tiga daripada sembilan subspesies harimau moden sudah diisytiharkan pupus dan enam yang selebihnya digolongkan sebagai terancam. Punca-punca utama harimau terancam ialah kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan juga kegiatan memburu.

Orang Utan

         Orang Utan tidak berekor dan mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil. Orang Hutan mempunyai lengan yang panjang dan kuat.
         Bagi Orang Utan jantan, purata ukuran panjang kepala dan badan adalah lebih kurang 96cm (38.4 inci) ketinggian 137cm (54.8 inci) dan berat 75kg (165 lbs). Purata ketinggian Orang Utan betina adalah 80 - 85% daripada Orang Hutan jantan dan beratnya adalah 50% lebih ringan.
         Orang Utan hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya buah pokok ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga. Orang Utan sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah. Orang Hutan hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal. Orang Utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan berduaan dengan Orang Utan betina pada musim mengawan. Pergaduhan jarang berlaku di antara Orang Utan jantan dan mereka jarang memonopoli kawasan kawalan. Jangka masa mengandung adalah dari 233-263 hari dan anaknya akan disusu selama beberapa tahun.