BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 9, 2010

Tumbuh-tumbuhan Semula jadi dan Hidupan Liar di Negara Kita

Negara kita kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi yang indah. Ke mana-mana sahaja kita pergi, kita dapat melihat pokok-pokok yang menghijau. Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar ini merupakan khazanah negara yang harus kita banggakan.

Iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun telah menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropikal, hutan paya, hutan pantai, dan hutan gunung.Contoh-contoh tumbuhan ialah pokok kayu keras,pokok renek,pokok menjalar,pokok memanjat, dan pokok pamal.

Hutan Malaysia mempunyai kira-kira 15000 spesies pokok-pokok yang mengeluarkan bunga, 4200 spesies pohon-pohon kayu, 1500 spesies orkid, 500 jenis pohon palma, dan 800 spesies paku pakis serta tumbuh-tumbuhan peringkat rendah.Terdapat pelbagai jenis hidupan liar di Malaysia, misalnya kira-kira 280 spesies mamalia, 730 spesies burung,400 spesies amfibia dan repitilia dan lebih daripada 100000 spesies serangga.